Kerjaya nyanyian Nurul Huda Abdul Wahab

Nurul menghasilkan album pertamanya sewaktu berusia 17 tahun. Lagu hitnya Kerana Terluka dan Cinta Azali membawa tuah dan meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi wanita popular ketika itu. Menerusi album tersebut, Nurul meraih trofi Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996.